Sedar tak sedar dah lebih kurang sebulan aku tak menghapdate blog aku dengan cerita-cerita terkini dan sensasi tentang aku...Nampak benor malasnya nak menaip mende-mende yang panjang berjela-jela ni...Idea tu memang ada nak menulis tapi aku kesuntukan masa...Almaklumlah kan,aku sekarang ni kan dah bergelar wanita berkerjaya<<--padahal,promoter je pun...hahaha...Apa-apa pun tak kisahlah,janji rezeki yang aku dapat adalah halal dan dari hasil titik peluh aku bekerja....Bila dah bekerja ni,baru tahu betapa susahnya nak dapatkan duit...Kalau tak,duit aku mengalir keluar deras,laju macam air jer...huhuhu...Yelah kan,cuti semester lak lama,dekat 4 bulan kan...So,why not aku gunakan masa yang ada ni untuk mengembangkan poket aku...Takdelah kuncup jer kan sementara nak buka sem baru September ni nanti...
Tujuan aku menulis hari ini adalah untuk mengimbau kembali kenangan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-74 yang telah berlangsung pada 14 Mei yang lalu...Aku berasa bangga dengan diri aku sendiri sebab telah berjaya mengharungi 3 tahun yang demi mendapatkan diploma...Macam-macam kesusahan telah ku hadapi sampai pada satu tahap,aku hampir mengalah...Tapi dengan rahmat dari Allah SWT,berkat doa ibu bapa dan keluarga,dan sokongan dari rakan-rakan seperjuangan,Alhamdulillah,aku berjaya..Juga tak dilupakan lecturer-lecturer di KPTM KB,yang telah banyak membantu,mendidik,memberi tunjuk ajar dan melayan kerenah anak-anak didikmu ini...TERIMA KASIH SEMUANYA...JASA KALIAN AKAN KU KENANG...ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua..Hanya doa sahaja yang dapat ku titipkan agar kalian bahagia sentiasa,panjang umur dan dimurahkan rezeki...
Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya aku pada hari tersebut kerana dapat meraikannya dengan orang-orang tersayang...MAMA,ABAH,AKI,MAKCIK,PAKCIK,NADHIRAH dan IMAD...Mungkin aku dapat diibaratkan sebagai orang yang paling berbahagia di dunia ketika itu...Dengan kehadiran mereka dan juga rakan-rakan..Ada juga rasa terkilan sebab ada beberapa kawan-kawan aku yang tak dapat hadir pada hari tersebut dan ada yang tak sempat untuk beramah mesra,kami hanya sekadar bertegur-sapa dan bergambar sahaja..Masing-masing dengan famili masing-masing,so masa adalah sangat terhad dan ada hal..But,it's ok...Dapat bergambar kenang-kenangan pun dah kira oklah kan...
sebelum masuk dewan |
with the biggest supporters in my life:MAMA,ABAH & ADIK |
with MAKCIK,PAKCIK,AKI,and NADHIRAH..IMAD ngada tanak amik gambar |
with my beloved AKI |
siyes,time ni mmg giler nervous... |
Sementara nak menunggu giliran naik pentas,nasib baik lah ada acara selingan...Ada persembahan nyanyian,dua solo dan satu koir...Segar lah sikit mata,mana taknya...Penerima Diploma Sains akhir sekali yang terima skrol,punya lama nak tunggu...Tak ramai pun,ada lah dalam 1000 graduan yang terima anugerah hari tu..Nombor aku yang ke-846...'Sikit' je kan..Betul tak ??hehehe..3 lagu yang dinyanyikan hari tu tapi yang aku ingat dua jer,lagu Keindahan Alam nyanyian asal Flybaits dan Jangan Ditanya Ke Mana Ku Pergi oleh Kartina Dahari...Satu lagi lagu,yang koir tu aku tak ingat sangat,plus tak best pun lagu tu..FYI,kedua-dua lagu ni dipersembahkan dalam versi keroncong dan ia sangat menyentuh kalbu dan BEST,BEST,BEST sangat..So,kat sini aku include kan sekali lagu-lagu tersebut..
p/s: untuk lagu Jangan Ditanya Ke Mana Ku Pergi ni aku letak versi Siti Nurhaliza...Malas nak letak yang asal,nanti kang org kata aku ni siaran Klasik Nasional lak...Dah biasa dah dengar...huhuhu
Aku pun dah malas nak story-mory banyak sangat...Macam biasalah,aku tinggalkan korang sume dengan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut...ENJOY!!!
LOVE,
ME xoxoxo
0 tukang kepoh terbaek:
Post a Comment